Ku Cari Ketenangan Di Hati.

28/09/2009

Dalam nota-nota study untuk test 2 yang sudah pun beratur tunggu nak disempurnakan.

Dalam debat yang sudah lama tak berlatih.

Dalam ubat yang diguna untuk merawat mataku yang mengalami pendarahan (Dr Nazwan MMU yang cakap), yang diharap tidak melarat menjadi lebih buruk.


Watak.

27/09/2009

Dalam wayang dunia realiti,

Tiada watak yang sempurna.

Tapi, kita boleh memilih watak yang kita mahukan.

Protagonis atau antagonis.

Baik atau jahat.

Dan sebagainya.

Mana satu pun yang kita pilih,

Karmanya, pasti ada balasan.


Ucapan.

17/09/2009

raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Fara Syazwani


Bukan Cinta Biasa ~ Siti.

16/09/2009

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawabnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Sedang asyik dengar lagu ini.




Double8 Dolu-dolu.

15/09/2009

Tetiba terasa nak menulis tentang rakan-rakan ketika di SMAPL dulu. Setiap batch pasti ada kerenah masing-masing. Terima kasih buat ustaz, ustazah, cikgu cikgi, teacher, sir, madame, monsieur dan sensei  kami yang tak jemu-jemu bagi ilmu pada kami, baik ilmu akademik atau ilmu kehidupan.

Kelas yang paling saya tak boleh lupa adalah ketika form 3, n form 4. Waktu form 3 ini, terasa macam budak putera n puteri rapat dan mudah bekerjasama. Pernah kami sama-sama co-operate cantikkan kelas, semata-mata nak jadi johan kelas terbersih setiap minggu. Hasilnya, ada satu bulan tu, hampir setiap minggu kami jadi johan. Kredit buat Juwei n Hajar sebab jadi ketua n penolong kelas yang best dan comel. Dwang ni penah ada skandal dulu ni. Hehehehehe.

Yang form 4 tak boleh lupa sebab dak putera n puteri assabiyah la sangat pulak. Huhuhu. Sampai satu tahap, wat jamuan kelas akhir tahun, kami asing-asing. Konpiden. Dak puteri wat jamuan kelas, tapi tak ajak budak putera. Pastu, Dak putera pun buat macam tu. Jamuan tak ajak dak puteri. Nak balas dendam kot. Genderlism sangat la waktu ni.

Masa kat sekolah, saya tak ada pengalaman bercintan-cintun. Huhuhu. Tak ada orang minat, nak wat camana. Ke saya yang tak perasan.Hahaha. Nak jugak. Dulu, saya takut dengan certain2 budak putera, sebab diorang ni lain macam sikit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau ada budak puteri yang buat benda yang tak boleh bagi diorang tu, even dak putera sendiriklah buat benda yang diorang tak suka, diorang men kondem-kondem.Tu jadi malu sikit nak cakap dengan budak putera. Banyak buat hal sendiri jela masa kat sekolah ni dulu. Kalau nak mintak tolong pape, mintak budak puteri je.  Unless mase f3. Ade la jugak cakap sikit-sikit. N bile ade keje rasmi cam keje prefect, debat.

Tapi tu dulu. Sekarang, masing-masing macam gian nak buat reunion. Huhuhu. Yelah, rindu ok. Kalau rumah dekat-dekat takpe. Ni, berterabur satu Malaysia rumah masing-masing. Belum kira yang study oversea. Pahtu yang in sea pun sibuk ngan study masing-masing. Dak putera yang tak pernah saya cakap ngan dwang, dan dwang tak pernah cakap ngan saya pun masa kat sekolah dulu, sekarang dah boleh kontek-mengontek, n boleh face to face berbual, bergurau bagai.

Dwanglah skulmate yang saya sayang :)


Selamat Hari Jadi!

14/09/2009

birthdayCake

There are days when

life rewards us

and seems to make amends

by granting us a marvelous gift,

the precious gift of Friends.


On 14th September 2009, I wish,

HAPPY 23rd BIRTHDAY to Fadzril Izwan.

May Allah bless you forever :)


Sincerely,

Fara Syazwani.


Maaf.

11/09/2009

sorry

Andai kita pernah berbuat silap dengan orang segeralah meminta maaf dengannya.

Demi kelangsungan hidup di dunia dan keperluan di akhirat, bukan sahaja hubungan kita dengan Allah yang perlu dipelihara, namun silaturrahim sesama manusia itu juga harus dijaga sama. Perintah Allah untuk kita tidak memutuskannya.

“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya pula mata mereka.” (Surah Muhammad: 22-23)

Apalah salahnya 4 aksara MAAF itu dihulurkan.  Seakan-akan manusia takut dengan ego sendiri untuk melafazkannya.

Meminta maaf tidak pernah menjatuhkan sesiapa.

Andai kita ditimpa kejahatan, berilah kemaafan kita, sambutlah ia dengan senyuman dan lapangkan dada untuk menerimanya. Tidak akan kita rugi sama sekali. Itu janji Allah, dalam Surah Al-Syura, ayat 40.

“Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah.”

“Mereka yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun di waktu sempit, dan yang mampu menahan amarah dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran: 134).


Wallahualam. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.


DON’T DO THESE AFTER EATING.

04/09/2009
  • Don’t smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of   cancer is higher).
  • Don’t eat fruits immediately – Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal
  • Don’t drink tea – Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest
  • Don’t loosen your belt – Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
  • Don’t bathe – Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease.   This will weaken the digestive system in our stomach
  • Don’t walk about – People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In reality this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake
  • Don’t sleep immediately – The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.
  •  

    nazrichik.com


    Buah Berangan.

    03/09/2009

    Tika umurku 27 tahun, ku harap ku sudah memiliki ini:

    02minicooper1

    BMW Mini Cooper.. Tak kisah warna apa.Janji kereta ni.

    dan juga ini:

    Sebiji apartment yang ringkas dan sederhana

    Sebiji apartment yang ringkas dan sederhana

    Serta,

    Gelaran hajah.

    Syarat:

    Hasil usaha sendiri, bukan duit emak ayah aku.

    Cuma,

    Tinggal 6 tahun sahaja lagi.

    Realistikkah aku ini?

    Belajar2……



    2:216.

    24/08/2009

    Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.